Warga emas antara 14 ditahan kes curi kabel

Warga emas antara 14 ditahan kes curi kabel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang warga emas antara 14 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel di simpang Jalan Keluar Sekolah Kebangsaan (SK) Panchor, di sini, pada 9 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, kesemua suspek berusia antara 22 hingga 67 tahun itu terdiri daripada 12 lelaki dan dua wanita.

Beliau berkata, kejadian disedari penduduk kira-kira pukul 12 tengah hari apabila seorang penduduk melihat empat lelaki memakai pelitup muka menggunakan empat kenderaan untuk menarik kabel dari dua lubang pembetung (manhole) milik sebuah syarikat telekomunikasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan laporan polis yang dibuat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan menjalankan operasi khas Op Lusuh di sekitar Labu, Nilai dan Dengkil, Selangor pada hari sama.

“Dalam operasi itu, polis merampas lima buah kereta, beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk memotong dan mencuri kabel, tiga beg guni berisi wayar tembaga yang dibakar serta beberapa helai pakaian yang dipercayai dipakai suspek ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yatim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, manakala kesemua suspek direman sehingga hari ini.

“Berdasarkan siasatan awal dan pengakuan suspek, polis percaya berjaya beberapa kes kecurian kabel di Negeri Sembilan, Selangor, Kedah dan Melaka berjaya diselesaikan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini