Hanya salah faham, semua sudah okey - Zaki Yamani - Utusan Malaysia

Hanya salah faham, semua sudah okey – Zaki Yamani

Aksi memukau Zaki (kiri) dan Yamani Abdillah sewaktu membuat persembahan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Zaki Yamani memaklumkan berlaku salah faham terhadap tajuk penulisan artikel yang membawa kepada luahan abangnya, Yamani Abdillah di media sosial sebelum ini.

Zaki, 19, berkata abangnya itu tidak memahami keseluruhan kenyataannya dalam artikel tersebut membuatkannya sedikit terasa hati.

“Artikel yang ditulis menggunakan tajuk yang membuatkan abang saya terasa. Dia tidak memahami konteks kenyataan saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia hanya menyedari yang saya hanya bercakap perkara yang baik dalam artikel itu selepas memuat naik kenyataan di media sosial.

“Dia berterima kasih kepada saya kerana menyokong perjalanan seninya dan saya ingin melihat dia berjaya,” katanya ketika ditemui sempena sidang media Cuckootopia X Anugerah Melodi Terhangat baru-baru ini.

Terdahulu, Yamani meluahkan di media sosial tentang kekesalan beliau yang sering dianggap penyanyi yang dibayangi bapa, Datuk Jamal Abdillah.

Zaki berkata sebagai adik, dia mahu melihat abangnya berjaya dengan membawa nama sendiri dalam dunia seni tanah air.

“Takkanlah saya mahu kutuk abang sendiri. Kalau boleh nak melihat dia berjaya juga. Dan itu sekadar nasihat daripada saya sahaja.

“Perkara ini sudah pun selesai. Salah faham dia tentang saya sudah terlerai,” ujarnya.

Sementara itu, pemilik nama penuh Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah memaklumkan dirinya bukan ancaman kepada sesiapa, apatah lagi abangnya sendiri.

“Kami berdua juga dibanding-bandingkan dengan ayah kami. Tapi perkara itu tidak mendatangkan gugup buat kami berdua.

“Sampai hujung dunia, kami tetap adik beradik. Bukan orang asing,” kongsinya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini