Kami sepakat untuk tarik diri, tidak perlu undi saya - Siti Nurhaliza

Kami sepakat untuk tarik diri, tidak perlu undi saya – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat keputusan untuk menarik diri daripada pencalonan bagi kategori Keluarga Selebriti Terhangat untuk Anugerah Melodi Terhangat (AMT).

Menurut Siti, dia tidak tahu bahawa dia dan ahli keluarganya tercalon dalam kategori tersebut sebelum sebulat suara dengan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K untuk tidak bertanding dalam program itu.

“Assalamualaikum semua peminatku tersayang.. Terima kasih pihak Melodi kerana mencalonkan saya dan keluarga untuk kategori ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak tahu tercalon. Maaf sebab hendak beritahu, suami dan saya ambil kata sepakat untuk tarik diri dari kategori ini,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Hargai sokongan yang diberikan oleh peminat, penyanyi lagu Kesuma itu bagaimanapun memohon agar orang ramai tidak perlu berhabis tenaga untuk mengundi mereka.

“Peminat tidak perlu undi saya tau. Saya sangat hargai usaha kalian semua,” tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut turut meraih pelbagai respons dari warganet menerusi ruangan komen, selain akur dengan keputusan penyanyi tersohor tanah air itu.

Terdahulu, Siti dan keluarganya tersenarai dalam Top 10 bagi kategori Keluarga Selebriti Terhangat yang turut mempertandingkan keluarga Datuk Yusof Haslam, Ain Edruce, Maembong, Rozita Che Wan, Noor Kartini, Durian Kimchi, Datuk Seri Aliff Syukri, Syamel dan Datin Intan Najuwa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini