Pakej haji Andalusia bermula RM49,990, hotel dekat Masjidilharam

Pakej haji Andalusia bermula RM49,990, hotel dekat Masjidilharam

Luqmanul Hakim Hanafi (kiri), Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd, Datuk Md. Daud Che Ngah dan Ida Riswana Idris pada Karnival Haji, Umrah & Pelancongan Kali Ke-5 (KHUP 5) di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan pakej haji musim 1448H/2027M bermula RM49,990 dengan penginapan berhampiran Masjidil Haram bagi memudahkan jemaah menunaikan ibadah sepanjang berada di tanah suci.

Pakej berkenaan ditawarkan pada harga RM49,990 bagi penginapan bilik berempat di Mekah dan Madinah, RM58,990 bagi bilik bertiga serta RM75,990 bagi bilik berdua di kedua-dua bandar suci itu.

Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, syarikat itu menawarkan empat kategori pakej iaitu Amjad, Elaf, Elaf Safwah dan Safwah Full, de­ngan pilihan penginapan antara 50 hingga 490 meter dari dataran Masjidilharam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, Andalusia mengutamakan penginapan di kawasan Masjidilharam dan tidak menjadikan hotel di kawasan Aziziyah atau Syisya sebagai penginapan utama di Mekah bagi memudahkan jemaah berulang-alik ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah.

“Ramai orang menyimpan duit terlalu lama untuk pergi haji pertama kali dan itu mungkin kali terakhirnya.

“Jadi, kita tidak mahu mereka pergi haji tetapi tinggal jauh daripada Masjidilharam,” katanya ketika ditemui pada Karnival Haji, Umrah & Pelanco­ngan Kali Ke-5 (KHUP 5) di sini, kelmarin.

Penawaran pakej itu diumumkan sempena KHUP 5 yang berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober ini di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, di sini dan menyasarkan seramai 700 jemaah haji bagi musim ber­kenaan.

Menurutnya, walaupun Andalusia turut menawarkan pakej sederhana, jemaah ditempatkan di hotel lingkungan kira-kira 350 meter dari Masjidilharam sebelum berpindah ke penginapan di Safwah bagi peringkat seterusnya.

Beliau berkata, penginapan yang jauh menyukarkan pergerakan jemaah, terutama menjelang kemuncak ibadah haji apabila pengangkutan men­jadi terhad dan kos perjalanan menggunakan teksi boleh mencecah RM200 sehala.

Selain penginapan, pakej berkenaan turut merangkumi tiket ekonomi Haramain Speed Train sehala, sajian makanan, perkhidmatan petugas di tanah suci serta pilihan Perkhidmatan Masyair Naik Taraf (PMN) bagi kategori tertentu dan menerima 30 barangan keperluan haji secara percuma.

Ida Riswana berkata, Andalusia turut menyediakan bim­bingan ibadah menerusi Kursus Simulasi Manasik Haji sebelum keberangkatan bagi memberi pendedahan kepada jemaah mengenai perjalanan, pelaksa­naan ibadah, termasuk cabaran ketika berada di Masyair.

Katanya, antara pembimbing tahun ini ialah Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Luqmanul Hakim Hanafi, selain tenaga pengajar berpengalaman dalam membimbing jemaah haji. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini