Belanjawan 2027 sudah pun dibentangkan. Mulai semalam, ahli-ahli Parlimen mula membahaskannya sebelum boleh dilulus dan dilaksanakan. Secara umumnya, kerajaan dilihat menyusun pelbagai strategi bagi meneruskan pertumbuhan ekonomi supaya akhirnya, rakyat bukan sahaja dapat dibantu tetapi bantuan itu dapat dirasai oleh mereka.
Memang itulah hasrat kerajaan. Namun, bagaimanapun untuk mengukurnya? Pastinya menerusi kuasa beli rakyat. Peningkatan ekonomi tidak membawa makna kepada rakyat terbanyak jika mereka terus merasa terbeban untuk membiayai kos sara hidup harian.
Justeru, setiap kali belanjawan, kebanyakan tumpuan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah. Pelbagai bantuan disediakan dan disalurkan menerusi pelbagai cara dan inisiatif setiap tahun. Terlalu banyak bantuan sehingga ada yang berpendapat, kita tidak perlukan lagi bantuan baharu. Apa yang perlu ialah perbaiki agihan bagi memastikan golongan sasar menerimanya.
Tetapi seperkara yang menarik dalam Belanjawan 2027 ialah golongan T20 dan M40 juga mendapat pelbagai manfaat. Ini sedikit sebanyak mengukir senyuman dalam kalangan mereka. Selama ini, mereka lebih banyak menyumbang tetapi kali ini lebih turut merasa sumbangan mereka itu.
Antara yang menjadi perbualan ialah pelepasan cukai individu yang dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000. Ini memang bukan bantuan tunai tetapi ia mengurangkan sedikit pendapatan bercukai, sekaligus membolehkan mereka mendapat pengurangan bayaran cukai pendapatan.
Walaupun angka itu tidak membawa perubahan besar dalam jumlah cukai akhir yang dibayar tetapi sekurang-kurangnya ada pengurangan. Ini ditambah pula dengan kadar cukai pendapatan golongan pertengahan yang dikurangkan sebanyak satu peratus.
Dalam masa yang sama, ada beberapa lagi pelepasan cukai yang akan memanfaat golongan ini seperti tuisyen anak, penjagaan selepas bersalin, penjagaan ibu bapa yang diperluaskan kepada bukan hanya rawatan kesihatan dan paling menarik, beli kasut sukan, langganan AI dan berkaitan haiwan peliharaan juga mendapat pelepasan.
Ini ditambah pula dengan SARA Madani sebanyak RM200 setiap individu dan bantuan awal persekolahan yang ditingkatkan kepada RM200 setiap anak yang bersekolah. Jika ada anak di tingkatan enam, ada pula elaun sara hidup sebanyak RM2,500. Diharap selepas ini, tingkatan enam tidak lagi dianggap sebagai kelas kedua atau pilihan akhir untuk lepasan SPM.
Mengambil contoh sebuah keluarga golongan sederhana yang terdiri daripada suami, isteri dengan empat anak, mereka layak mendapat SARA Madani sebanyak RM400 dan RM800 untuk bantuan awal persekolahan. Itu belum termasuk pengurangan cukai yang akan dikira pada bulan April nanti.
Belanjawan kali ini boleh dianggap menyeluruh dan menyentuh setiap lapisan masyarakat. Dengan adanya pengurangan cukai dan bantuan-bantuan tertentu, dijangka ia akan masuk semula ke dalam ekonomi menerusi perbelanjaan domestik, sekali gus menjana ekonomi.
Namun, ada juga yang mendakwa ini adalah belanjawan pilihan raya. Sebenarnya, tidak kisahlah sama ada ada pilihan raya atau tidak tahun depan, yang penting semua rakyat dapat manfaat kerana itulah matlamat belanjawan. Apabila tiba masa memangkah nanti, terserah kepada individu membuat penilaian dan keputusan.
Banyak juga M40, T20 dapat kali ini

Ismail Daud adalah Pengarang Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved