Sekolah di Melaka ditutup semula esok

Sekolah di Melaka ditutup semula esok

Rahmad Mariman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Semua sekolah di negeri ini termasuk sekolah rendah agama (SRA) di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) ditutup mulai esok berikutan keadaan jerebu yang semakin serius.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, penutupan itu selaras dengan arahan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.

“Saya mendapat pengesahan bahawa esok sekolah di Melaka akan ditutup seperti arahan Menteri Pendidikan berikutan keadaan jerebu yang semakin serius.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, tempoh penutupan itu belum dinyatakan dan bergantung kepada bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) semasa di negeri ini,” katanya.

Hari ini, Fadhlina menegaskan keputusan penutupan sekolah akibat jerebu tidak dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara bersendirian, sebaliknya mengambil kira penilaian dan nasihat agensi berkaitan.

Beliau berkata, keputusan dibuat secara bersama menerusi jawatankuasa berkaitan dengan mengambil kira panduan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Kementerian Kesihatan (KKM), selain penilaian bacaan IPU.

Rahmad berkata, pemantauan berterusan terhadap bacaan IPU penting bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan di Melaka sentiasa diutamakan.

Jelasnya, penutupan semua sekolah merupakan langkah berjaga-jaga susulan jerebu yang semakin memburuk dan mengurangkan pendedahan murid kepada pencemaran udara. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini