Mahasiswa bukan sekadar pemimpin masa depan, jadi sebahagian pemimpin masa kini

Mahasiswa bukan sekadar pemimpin masa depan, jadi sebahagian pemimpin masa kini

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Golongan mahasiswa bukan sekadar pemimpin masa depan, sebaliknya perlu memainkan peranan sebagai pemimpin masa kini menentang budaya rasuah, eksploitasi dan ketidakadilan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, malah golongan muda tidak seharusnya hanya dianggap sebagai bakal pemimpin kerana mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk mempengaruhi masyarakat dan memperjuangkan prinsip kebenaran.

“Apabila kita bercakap mengenai pemimpin masa depan, apakah maksudnya? Dalam banyak perkara, anda perlu memimpin sekarang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anda bukan sahaja mewakili masa depan, tetapi juga masa kini. Anda perlu mewakili suara hati masyarakat hari ini yang tidak boleh menerima rasuah, eksploitasi dan ketidakadilan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam dan Perasmian Kemuncak Pemimpin Muda Masa Hadapan Antarabangsa (iFUTURE) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dalam pada itu Anwar berkata, mahasiswa kini boleh mengkritik kerajaan dan memperjuangkan prinsip dengan penuh kesungguhan serta menggunakan hujah yang rasional dalam menyuarakan pandangan mereka.

“Tiada sesiapa yang akan didakwa hanya kerana pandangan atau kritikan mereka, termasuk jika pemimpin mahasiswa memilih untuk mengkritik Perdana Menteri. Itu bukan satu jenayah.

“Anda perlu mempertahankan pendirian masing-masing,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini