Piala FA: Selangor tewas namun layak ke separuh akhir dengan agregat 6-4

Piala FA: Selangor tewas namun layak ke separuh akhir dengan agregat 6-4

TENDANGAN Pemain Selangor, Markillos Peter cuba dihadang pemain Star City, Rafael Vitor pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2025/2026 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini hari ini. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor berdepan kejutan di laman sendiri apabila tewas 2-3 kepada Star City FC dalam aksi suku akhir kedua Piala FA 2026/27 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi, namun tetap mengesahkan kemaraan ke separuh akhir.

Kemenangan 4-1 pada aksi pertama memastikan Gergasi Merah mengatasi lawan dengan agregat 6-4 untuk menempah pertemuan dengan Kuching City dalam perebutan tiket ke final.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, Selangor bermula garang apabila Ahmad Zikri Mohd Khalili membuka tirai jaringan seawal minit kelapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Vitor Pernambuco kemudian menggandakan kelebihan pada minit ke-32 untuk membolehkan tuan rumah menuju rehat dengan mendahului 2-0.

Bagaimanapun, Star City mempamerkan kebangkitan selepas rehat apabila Moses Atede merapatkan jurang pada minit ke-62.

Pedro Santos menyamakan kedudukan pada minit ke-75 sebelum pemain gantian, Ramon Machado, melengkapkan kemenangan pelawat menerusi jaringan pada minit ke-90.

Walaupun gagal mempertahankan kelebihan dalam aksi kedua, Selangor tetap mencapai matlamat utama apabila kemenangan pada perlawanan pertama menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan.

Kini, Gergasi Merah perlu segera memperkemas prestasi menjelang pertemuan dengan Kuching City di separuh akhir jika mahu meneruskan misi memburu kejuaraan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini