21 geng scammer cuba masuk Malaysia ditangkap

21 geng scammer cuba masuk Malaysia ditangkap

PIHAK berkuasa Thailand menahan 21 warga asing disyaki anggota sindiket scammer antarabangsa yang cuba menyeludup masuk ke Malaysia Kampung Buketa, Daerah Weng, Thailand. – IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Se­ramai 21 warga asing disyaki anggota sindiket scammer an­tarabangsa ditahan pihak berkuasa Thailand di sebuah di Kampung Buketa, Mukim Lochut, Daerah Waeng di sini, ketika sedang menunggu untuk di­seludup ke masuk Malaysia, kelmarin.

Serbuan pukul 11 pagi itu dilakukan oleh pasukan pegawai imigresen, polis dan Pasukan Peronda Sempadan 446 hasil maklumat risikan yang diperoleh dari orang ramai.

Jurucakap Balai Polis Daerah Waeng berkata, daripada jumlah itu pihaknya mendapati empat warga China berusia 40-an dipercayai bertindak sebagai pemimpin kanan sindiket scammer antarabangsa dan pemerdagangan buruh haram.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, baki 17 individu yang ditahan itu adalah warga Myanmar termasuk sembilan wanita masing-masing berusia antara 20-an dan 30-an dipercayai anggota sindiket scammer.

“Mereka dipercayai dibawa untuk bekerja di pusat panggilan di Malaysia. Semakan mendapati kesemua 21 warga asing itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Berdasarkan siasatan, mereka sedang menunggu untuk diseludup ke Malaysia melalui laluan semula jadi yang bersempadan dengan Jajahan Tanah Merah dan Jeli di Kelantan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jurucakap itu berkata, semakan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan berkenaan didapati warga asing tersebut diangkut menggunakan sebuah trak pikap.

“Polis kemudian mengesan kenderaan itu di Kampung Kayukhla, Waeng. Susulan itu, pihak berkuasa menahan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 40-an yang mengaku mengangkut warga a­sing terbabit dari Hat Yai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini