KUALA LUMPUR: Penyanyi, Stacy Anam, meluahkan rasa tidak selesa apabila terdapat netizen Indonesia yang membanding-bandingkan dia dengan penyanyi Agnes Monica.
Stacy berpendapat dia tidak layak untuk dibanding – bandingkan dengan penyanyi tersebut yang lahir di bandar besar Jakarta.
Katanya lagi, warganet Indonesia seharusnya memilih artis artis tempatan yang sama taraf untuk dibanding-bandingkan dengan Agnes.
“Tidak pantas mahu disamakan saya dengan agnes kerana saya itu memang asalnya orang kampung dari Sabah, Malaysia walhal agnes itu dari bandar indonesia dan sejak kecil memang sudah artis.
“Bandinglah dengan yang sesuai latar belakangnya,” kata Stacy di media sosial.
Stacy turut meluahkan rasa kesal terhadap pemimpin Indonesia yang mengambil enteng soal kebakaran hutan di Kalimantan yang mengakibatkan jerebu di Malaysia.
“Miskin hina saya yang dulu tetap saya bangga dan bersyukur kerana datangnya dari malaysia bukan negara yang pintar membakar hutan memusnahkan alam, membinasakan binatang kerana negaranya tak cukup kaya.
Asapnya sampai ke negara orang! Malu sikit jadi orang Indonesia,” ujarnya.
Perkongsian pelantun lagu Aku Stacy itu mengundang ramai netizen yang memberikan pandangan masing-masing.
Dalam masa yang sama, netizen turut menegaskan Anges sekadar dibesarkan di Indonesia dan tidak berdarah tempatan. – UTUSAN










