Sekolah di Melaka beroperasi semula esok – Exco

Sekolah di Melaka beroperasi semula esok – Exco

Rahmad Mariman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Semua institusi pendidikan di Melaka akan beroperasi semula mulai esok, Isnin, tertakluk kepada pengesahan rasmi pihak berkuasa berhubung perkembangan terkini bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, keputusan itu mengambil kira perkembangan kualiti udara semasa dengan keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan terus menjadi keutamaan.

“Sebarang perubahan arahan pengoperasian akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Melaka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, pihak pentadbir institusi pendidikan diminta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kelancaran operasi masing-masing selain mematuhi arahan dan garis panduan semasa yang ditetapkan Kementerian Pendidikan serta pihak berkuasa berkaitan.

Katanya, Ibu bapa dan penjaga juga dinasihatkan supaya terus memantau tahap kesihatan anak-anak serta mendapatkan rawatan sekiranya mereka mengalami gejala berkaitan pencemaran udara.

Katanya, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas keprihatinan dalam memastikan kesinambungan pendidikan serta keselamatan seluruh warga pendidikan di negeri ini terus diberikan keutamaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini