LOS ANGELES: Penyanyi dan pengacara, Kelly Clarkson, menceritakan pengalaman buruk dialaminya ketika melawat sebuah kedai menjual perhiasan di Brooklyn, New York baru baru ini.
Lapor portal Page six, pelantun lagu since you been gone itu berkata seorang pelayan di kedai berkenaan memberi layanan biadap dan kurang mesra kepada beliau.
Kelly menyamakan situasi tersebut dengan salah satu babak dalam filem pretty woman lakonan Julia Roberts.
“Memandu ke Brooklyn untuk berjalan-jalan ke kedai ini yang pada pandangan saya menarik dan terfikir untuk membeli barang di sini.
“Nampaknya pelayan di sini menyangka seolah-olah saya tidak mampu dan menawarkan sesuatu yang setaraf dengan saya.
“Anda kelihatan bodoh dan baru sahaja terlepas pelanggan yang besar,” katanya di platform X.
Namun pemenang rancangan American idol musim pertama itu dengan sinis menyarankan
Kepada orang ramai agar datang ke kedai tersebut.
“Silalah datang ke Art of Play di Brooklyn jika anda ingin dilayan seperti Julia Roberts dalam filem pretty woman,” ujarnya.
Usaha page six untuk mendapatkan komen kedai berkenaan tidak berhasil. – UTUSAN











