FFM35: Malam Terlarang, Khadam bolos 12 pencalonan - Utusan Malaysia

FFM35: Malam Terlarang, Khadam bolos 12 pencalonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua filem bergenre seram Malam Terlarang dan Khadam mendominasi pencalonan Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35 dengan masing-masing 12 pencalonan.

Khadam arahan Shamyl Othman terbitan Red Communications dan Komet Productions tercalon untuk Filem Terbaik,Poster Terbaik, Tatarias/Solekan Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Skor Muzik/Asal Terbaik dan Penataan Bunyi Terbaik.

Naskhah itu juga turut membolosi Sinematografi Terbaik (Haris Hue), Lakon Layar Terbaik Cerita Asal terbaik (Fariza Azlina Isahak), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Zarra Zhaf), Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Karl’ el) dan Pengarah Terbaik (Shamyl Othman)

Memuatkan artikel berkaitan…

Manakala Malam Terlarang arahan pengarah Allahyarham Nurhanisham Muhammad terbitan Astro Shaw dan Infinitus Productions tercalon Filem Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik (Shasha Abedul), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Sofia Jane) dan Pelakon Wanita Harapan (Aila Azizul).

Filem tersebut juga tercalon untuk
Penyunting Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Tatarias/Solekan Terbaik, Rekaan Kostum/Busana Terbaik, Poster Terbaik, Kesan Khas Visual Terbaik.

Turut sama memberi saingan sengit ialah Tarung arahan Razaisyam Rashid terbitan Alpha47 Films dengan 10 pencalonan.

Bagi edisi kali ini, Filem Terbaik FFM35 bakal menggunakan sistem penjurian baharu.

Peringkat pertama iaitu ‘Top 5’ dikendalikan panel juri profesional yang identitinya dirahsiakan, manakala peringkat kedua pula melibatkan pemenang-pemenang FFM terdahulu bagi memastikan keputusan lebih adil dan diyakini industri.

Sebanyak 25 kategori akan dipertandingkan, manakala lima lagi kategori adalah anugerah khas yang tidak dipertandingkan.

Pemenang Filem Terbaik bakal menerima geran Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta, wang tunai RM5,000, trofi, serta tambahan sewaan dan penggunaan fasiliti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bernilai RM20,000.

Malam kemuncak FFM35 dijadual berlangsung di Istana Budaya pada 21 November depan.

Bertemakan Spektrum Sinema, anugerah yang akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 itu melambangkan kepelbagaian warna, perspektif, idea dan kreativiti dalam dunia perfileman Malaysia.

FFM35 bakal dikemudikan Datuk Afdlin Shauki dan Amelia Henderson. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini