Belanjawan 2027 fokus kurangkan beban rakyat - Johari Ghani

Belanjawan 2027 fokus kurangkan beban rakyat – Johari Ghani

JOHARI Abdul Ghani ketika menyerahkan hadiah cabutan bertuah berupa motosikal elektrik pada Pesta Sukan Titiwangsa Futsal 2026 di SLK Sport Center, Mukim Batu, di sini hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 dilihat sebagai usaha kerajaan mengurangkan kos sara hidup rakyat menerusi pemberian bantuan kewangan, pelepasan cukai individu serta pengurangan cukai kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pendekatan itu merangkumi beberapa langkah bagi membantu rakyat menangani tekanan perbelanjaan harian di samping meringankan beban kewangan golongan pekerja dan sektor perniagaan.

Katanya, antara langkah tersebut ialah pemberian bantuan kewangan bagi meningkatkan kemampuan rakyat membeli barangan keperluan, dengan jumlah bantuan berbeza mengikut kategori penerima.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya nampak daripada pengumuman belanjawan, Perdana Menteri banyak menyentuh kepada bagaimana nak mengurangkan kos sara hidup. Jadi kos sara hidup ni ada berbagai-bagai cara.

“Pertama, dia menambahkan pemberian untuk orang beli barang-barang, supaya membantu pendapatan ditambah dengan pendapatan yang diberi oleh kerajaan.

“Kedua juga memberi sebahagian daripada golongan yang terpaksa bayar cukai. Tetapi dia makan gaji. Jadi dia membenarkan potongan dan mengurangkan daripada segi cukai, walaupun tidak banyak, tetapi secara keseluruhannya masing-masing dapat rasa,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Pesta Hari Sukan Negara Futsal Piala Johari Ghani di Batu Caves hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini