EU janji lindung ICC daripada sekatan AS

EU janji lindung ICC daripada sekatan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) berikrar mempertahankan kebebasan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sekatan terhadapnya.

Dalam kenyataan kelmarin, Suruhanjaya Eropah menegaskan EU akan terus menyokong kebebasan ICC dan memastikan mahkamah itu dapat berfungsi tanpa gangguan.

“Kesatuan Eropah sentiasa menyokong ICC. Amat dikesali Amerika mengumumkan hasrat untuk mengenakan sekatan,” kata kenyataan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia juga menyatakan akan bekerjasama dengan semua 125 negara anggota Statut Rom, perjanjian yang mengasaskan penubuhan ICC, bagi memelihara kebebasan dan misi penting mahkamah berkenaan.

EU memaklumkan masih terdapat ruang untuk mengadakan rundingan dengan Washington memandangkan sekatan itu akan berkuat kuasa dalam tempoh enam bulan lagi.

Beberapa negara Eropah turut mengecam tindakan berkenaan sambil menegaskan sokongan terhadap kebebasan ICC dan peranannya dalam mendakwa pelaku jenayah antarabangsa.

Denmark, Sweden, Austria dan Portugal menyertai EU, Belgium, Switzerland serta Belanda dalam mengkritik keputusan Washington.

“Denmark sangat tidak bersetuju dengan keputusan AS mengenakan sekatan terhadap ICC yang akan memberi kesan besar kepada mahkamah serta penyiasatan jenayah antarabangsa paling serius,” kata Menteri Luarnya, Lars Lokke Rasmussen, dalam kenyataan di X.

ICC menolak sekeras-kerasnya sekatan itu dengan menyifatkan ia sebagai cubaan menghalang keadilan dan serangan terhadap kedaulatan undang-undang.

Presiden ICC, Tomoko Akane, berkata mahkamah itu akan meneruskan tugasnya secara bebas dan adil.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini