DALAM polemik harga barang dan kos sara hidup terus menjadi perkara yang merisaukan rakyat, apa juga pengumuman berkaitan bantuan kewangan pastinya mendapat perhatian. Maklumlah, soal perut bukan perkara kecil. Hujung bulan belum tentu tiba tetapi duit dalam poket kadangkala sudah menipis.
Belanjawan 2027 meneruskan dasar fiskal mengembang dengan keseluruhan perbelanjaan dan pelaburan negara berjumlah RM510 bilion, meningkat berbanding RM470 bilion sebelum ini. Daripada jumlah itu, RM376.8 bilion diperuntukkan bagi belanja mengurus manakala RM83 bilion untuk pembangunan.
Selebihnya merangkumi pelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sebanyak RM25 bilion, pelaburan awam-swasta RM11 bilion serta RM14.2 bilion daripada badan berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan.
Angka ini menunjukkan kerajaan meneruskan usaha menggerakkan ekonomi melalui perbelanjaan dan pelaburan. Hasil Persekutuan bagi tahun ini pula diunjurkan meningkat kepada RM363.6 bilion berbanding anggaran asal RM343.1 bilion, sebelum dijangka bertambah kepada RM380.8 bilion pada 2027.
Di sebalik angka berbilion ringgit itu, persoalan yang lebih dekat dengan kehidupan rakyat tetap sama. Sejauh mana semua perbelanjaan dan pelaburan ini mampu membantu mereka menjalani kehidupan lebih selesa?
Antara pengumuman yang menarik perhatian adalah peningkatan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM16 bilion berbanding RM15 bilion sebelum ini. Semua penerima STR akan menerima SARA sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun, yang dijangka memanfaatkan sehingga sembilan juta penerima.
Selain itu, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR akan menerima SARA Madani RM100 sebanyak dua kali, iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang sambutan 70 tahun kemerdekaan. Bantuan ini dijangka memanfaatkan sehingga 13 juta rakyat termasuk golongan pertengahan atau M40.
Peningkatan bantuan ini wajar dihargai kerana tekanan kos sara hidup bukan hanya dirasai golongan berpendapatan rendah. Keluarga yang perlu membayar ansuran rumah, bil utiliti, pengangkutan dan perbelanjaan anak-anak juga memerlukan ruang kewangan untuk bernafas.
Lebih menarik, penggunaan SARA diperluas kepada barangan basah dan segar di 216 pasar tani atau tamu di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Langkah ini memberi lebih banyak pilihan kepada penerima untuk mendapatkan bahan makanan harian, asalkan harga dan kemudahan di lokasi terlibat benar-benar berpatutan.
Dalam soal pendidikan, Bantuan Awal Persekolahan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid. Seramai 5.3 juta murid layak menerima bantuan itu melalui peruntukan RM1 bilion. Keluarga yang mempunyai empat orang anak, misalnya, akan menerima RM800 untuk persiapan persekolahan.
Golongan muda yang masih menanggung hutang pendidikan turut diberikan kelonggaran melalui penangguhan bayaran balik PTPTN bagi peminjam berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan. Mereka yang berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 pula hanya dikenakan bayaran minimum RM50, manakala peminjam tanpa tunggakan yang membayar secara teratur menikmati diskaun 10 peratus.
Semua langkah ini menunjukkan usaha kerajaan menangani sebahagian beban kewangan rakyat. Harga barang, peluang pekerjaan, kadar upah dan kuasa beli perlu terus diberikan perhatian supaya rakyat tidak bergantung semata-mata pada bantuan untuk memenuhi keperluan asas.
Belanjawan 2027 harus dinilai secara seimbang. Peningkatan peruntukan dan bantuan wajar dihargai tetapi keberkesanannya perlu diukur melalui hasil yang benar-benar dirasai. – UTUSAN
Hadi Ab. Manap ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Soal perut rakyat

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved