PETALING JAYA: Pembangunan kawasan pertumbuhan baharu, Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0) terus menjadi pemangkin utama dalam melonjakkan ekonomi Negeri Sembilan ke tahap yang lebih tinggi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi menyokong kepesatan projek strategik berkenaan, Kerajaan Madani tampil melengkapkan jaringan pembangunan menerusi penyediaan infrastruktur dan prasarana pengangkutan yang serba moden serta efisien.
“Malaysia Vision Valley 2.0 memangkin ekonomi Negeri Sembilan. Kerajaan Madani melengkapkan pembangunan dengan prasarana seperti jalan baharu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala lumpur (KLIA) ke Bandar Enstek; naik taraf Jalan Pajam-Nilai-Salak dan pelaksanaan Projek Klang Valley Dual Track 2,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN











