Ekonomi AS, UK dan kawasan euro berdepan cabaran konflik Asia Barat

Ekonomi AS, UK dan kawasan euro berdepan cabaran konflik Asia Barat

EKONOMI AS berkembang pada kadar 2.1 peratus pada suku pertama 2026 sebelum mencatat pertumbuhan sederhana sebanyak 1.5 peratus pada suku kedua 2026. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERTUMBUHAN ekonomi di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan kawasan euro dijangka terus berdepan persekitaran luaran yang mencabar berikutan konflik yang berterusan di Asia Barat serta lonjakan harga tenaga global, menurut Laporan Tinjauan Ekonomi Global 2027. 

Laporan itu berkata, ekonomi AS berkembang pada kadar 2.1 peratus pada suku pertama 2026 sebelum mencatat pertumbuhan sederhana sebanyak 1.5 peratus pada suku kedua 2026.

Secara keseluruhan bagi tahun 2026, ekonomi AS dijangka berkembang sebanyak 3.6 peratus disokong oleh pelaburan dalam kecerdasan buatan (AI), teknologi, infrastruktur digital dan perbelanjaan pengguna, manakala pasaran buruh kekal berdaya tahan dengan kadar pengangguran purata 4.4 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesan kenaikan harga tenaga terhadap ekonomi AS adalah lebih rendah memandangkan negara berkenaan merupakan pengeksport bersih tenaga sejak 2019.

“Namun, inflasi AS dijangka kekal tinggi pada kadar 3.6 peratus berikutan tekanan harga dalam sektor perkhidmatan serta kenaikan harga tenaga dan makanan,” katanya.

Sementara itu, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) UK diunjur berkembang lebih perlahan pada kadar 1 peratus pada 2026 berbanding 1.4 peratus pada 2025 berpunca daripada kejutan bekalan negatif akibat konflik di Asia Barat.

Kadar pengangguran di UK dijangka meningkat daripada 4.9 peratus pada 2025 kepada 5.6 peratus pada 2026, manakala kadar inflasi dijangka menyederhana kepada 3.2 peratus mencerminkan permintaan domestik yang kian mereda.

“Bagi kawasan euro pula, pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang secara marginal sebanyak 0.9 peratus pada 2026 berbanding 1.4 peratus pada 2025 akibat kemerosotan ketara dalam import minyak khususnya diesel dan bahan api jet.

“Pasaran buruh di kawasan euro kekal berdaya tahan dengan kadar pengangguran diunjur berkurang kepada 6.2 peratus, sebahagiannya didorong oleh lanjutan perlindungan sementara bagi pelarian Ukraine yang membantu meringankan kekurangan tenaga kerja,” tambahnya.

Mengulas lanjut, unjuran inflasi bagi kawasan euro dijangka meningkat kepada 2.6 peratus berbanding 2.1 peratus pada 2025 berikutan gangguan rantaian bekalan dan peningkatan kos pengeluaran. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini