Usah layan provokasi negara seberang, bukan standard kita - Utusan Malaysia

Usah layan provokasi negara seberang, bukan standard kita

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Kamal Adli, 40, menasihatkan agar rakyat Malaysia menghentikan dan tidak membalas segala provokasi dan tohmahan rakyat Indonesia di laman sosial.

Jelasnya, rakyat negara ini memiliki standard dan harga diri yang lebih tinggi serta tidak sepatutnya melayan segala kecaman yang dilontarkan daripada rakyat negara seberang.

“Kita sudah menegur mereka, jadi mungkin masanya untuk kita bertenang dan hentikan semua pergaduhan di media sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Biarlah mereka dengan bayang-bayang mereka sendiri. Tak perlulah kita menghina pemimpin atau negara mereka. Kita tak perlu layan benda bodoh macam ini. ‘level’ kita bukan di situ.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita gembira di sini. Malah kita berkawan baik dengan rakyat mereka yang mencari rezeki di sini.

“Bagi warganegara mereka yang berterusan mencari keburukan negara kita, biarkan mereka. Tak perlu kita layan provokasi mereka. Lebih baik kita fokus kepada masalah jerebu yang semakin memburuk,” katanya ketika ditemui media dalam majlis Cuckootopia 2026 x Anugerah Melodi Terhangat (AMT), semalam.

Mengulas mengenai tindakan pempengaruh Indonesia yang ibarah mencurah minyak ke dalam api, Kamal memaklumkan perkara itu tidak sepatutnya menjadi amalan orang berpengaruh kerana menunjukkan tahap pemikiran mereka yang rendah.

“Sebagai pempengaruh, dia memburukkan keadaan kerana apa yang mereka perkatakan itu mampu mempengaruhi pemikiran rakyat di sana.

“Ini pasal bola sepak sahaja, tak perlu dipanjang-panjangkan. Kita pun tidaklah berniat untuk memburukkan negara orang. Cuma apabila menerima provokasi, kita pertahankan.

“Tapi cara pempengaruh mereka memang tidak profesional dan menunjukkan mereka sebenarnya ‘koyak’.

“Bila mendengar dan membaca segala caci maki dan tohmahan pempengaruh dan rakyat mereka, kita pun jadi ‘koyak’. Tapi tak perlulah kita membalas kerana bukan standard kita untuk menyerang balas,” ujarnya.

Dalam pada itu, kamal meluahkan rasa khuatir terhadap masalah jerebu yang semakin teruk akibat pembakaran hutan di Kalimantan dan kawasan sekitar.

“Masalah jerebu sekarang ini pada tahap kritikal.  Sebagai ayah, saya risau lebih-lebih lagi kepada anak saya. Sampaikan saya bertanya kepada Uqasha tentang keadaan anak dan nasihat dia agar kurangkan aktiviti di luar rumah.

“ini masalah yang lebih penting untuk kita fokuskan. Ia cukup merisaukan, tahap penglihatan memburuk, menara KLCC pun kita dah tak nampak.

“Tapi, Kita tak adalah menuding jari kepada semua rakyat di sana, hanya segelintir yang melakukan pembakaran itu yang wajar menerima teguran. Saya harap masalah ini segera ditangani,” kongsinya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini