Kes baja: Dua pengarah didakwa esok

Kes baja: Dua pengarah didakwa esok

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang pengarah urusan dan seorang pengarah syarikat dijangka didakwa berhubung kes baja di Mahkamah Sesyen Alor Setar, esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sumber memaklumkan, kedua-dua individu berkenaan akan didakwa kira-kira pukul 9 pagi.

Bagaimanapun, bentuk pertuduhan atau jumlah kesalahan yang akan dihadapi kedua-dua individu terbabit belum diketahui setakat ini.

Pada 13 September lalu, seorang pengarah urusan syarikat pembekal baja berusia 30-an direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyorkan SPRM menyiasat isu berkaitan kelewatan bekalan Baja 3 kepada kira-kira 40,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), di sini.

Ia susulan pengumuman Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu bahawa penghantaran baki bekalan dilaksanakan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) melalui anak syarikatnya, Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. (MNFSB).

Mohamad berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengemukakan surat kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan bagi memohon penamatan perkhidmatan Taveekun Manufacturing Sdn. Bhd. sebagai pembekal Baja 3 disebabkan kelewatan yang berlaku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN