Pendekatan holistik yang menggabungkan asas perubatan Barat, perubatan tradisional Cina (TCM) serta terapi semula jadi kini menjadi pilihan dalam usaha membantu masyarakat mengurus kesihatan secara lebih menyeluruh.
Pengasas SURE-i, Dr. Calvin Lim Fook Loong berkata, pendekatan bersepadu itu membantu lebih 30,000 individu memahami masalah kesihatan mereka serta membina kehidupan yang lebih sihat dan bertenaga menerusi produk kesihatan semula jadi dan sesi konsultasi kesihatan secara peribadi.
“Sebab itulah kami menggabungkan asas perubatan Barat, kebijaksanaan perubatan tradisional Cina serta terapi semula jadi untuk menyediakan pendekatan kesihatan yang lebih menyeluruh.
“Matlamat kami adalah untuk membantu orang ramai memilih penyelesaian yang paling sesuai dengan keperluan mereka,” katanya baru-baru ini.
Dengan pencapaian itu, SURE-i kini diiktiraf Asia Record sebagai ‘Asia’s Leading Integrated Preventive Health Ecosystem 2026’, sekali gus mencerminkan perkembangannya sepanjang 12 tahun daripada jenama produk kesihatan kepada platform pengurusan kesihatan dan kesejahteraan bersepadu.
Menurut Dr. Calvin, pengiktirafan berkenaan mengukuhkan komitmen jangka panjang syarikat untuk menggalakkan masyarakat mengambil pendekatan lebih proaktif terhadap kesihatan diri.
“Kami mahu menjadi rakan jangka panjang yang membantu masyarakat mengurus kesihatan mereka.
“Kesihatan yang baik tidak dicapai dalam satu hari, ia merupakan pilihan yang dilakukan sepanjang kehidupan,” jelasnya.
Sementara itu, Pengasas dan Ketua Juri Asia Record, Datuk KK Chua berkata, perkembangan SURE-i mencerminkan kepentingan pengurusan kesihatan bersepadu dalam mendepani cabaran kesihatan moden, dengan tumpuan merangkumi pengurusan sindrom metabolik, alahan dan sistem imun, kesihatan usus serta pencernaan, penjagaan mata dan kesihatan wanita dan lelaki.
Pendekatan itu turut menekankan kepentingan pencegahan lebih awal dalam penjagaan kesihatan.











