KUALA LUMPUR: Pelakon, Elfira Loy, 32, meluahkan rasa sedih apabila hilang punca keberanian iaitu arwah ibunya, Filzah Yusoff.
Menurut Elfira, lebih menyedihkan lagi apabila ibunya, yang sentiasa sedia menyambutnya dalam keadaan jatuh dan bangun, sudah tidak lagi bersamanya.
“Orang selalu cakap saya kuat, saya tahu buat keputusan, saya tahu bagaimana mahu kawal keadaan. Sebenarnya, tidak.
“Bukan saya tahu, tapi saya berani. dan keberanian itu hadir kerana Mama, kerana saya tahu Mama akan sentiasa sambut jatuh bangun saya,” luahnya di Thread.
Dalam perkongsian sama, Elfira berharap dia akan disatukan bersama ibunya di syurga.
“Orang sentiasa berkata mereka akan sentiasa berada di sisi saya, tapi, perkara itu tidak sama jika anda yang mengucapkannya.
“Semoga Allah temukan kita di taman taman syurga mama, di Jannah,” ujarnya.
Allahyarham Filzah telah meninggal dunia pada 12 September 2026, pada usia 61 tahun.











