Konsert Disko Dansa Generasiku bakal satukan OAG dan The Times atas satu pentas - Utusan Malaysia

Konsert Disko Dansa Generasiku bakal satukan OAG dan The Times atas satu pentas

Disko Dansa Generasiku
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dua nama ikonik dalam atmosfera muzik indie tempatan, OAG dan The TImes bakal bergabung dalam satu konsert istimewa menerusi Disko Dansa Generasiku, Sabtu ini, 10 Oktober 2026 yang bertempat di Odeon, Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

Konsert tersebut bakal menampilkan lagu-lagu popular yang membentuk perjalanan muzik kedua-dua kumpulan, selain memberikan peluang kepada peminat untuk menyaksikan gabungan yang unik OAG dan The Times di atas satu pentas.

Lebih istimewa, kedua-dua kumpulan ini akan mempersembahkan 10 lagu kegemaran sepanjang zaman khas untuk yang hadir pada malam itu.

Persembahan berkenaan dijangka menampilkan dua dram, dua bass, empat gitar serta dua vokalis yang berkongsi pentas dalam satu persembahan.

Konsep tersebut menjadikan Disko Dansa Generasiku bukan sekadar sebuah konsert yang menampilkan dua kumpulan, sebaliknya menyaksikan OAG dan The Times bersama sebagai satu gabungan muzik.

Gabungan bunyi dan visual yang belum pernah dipersembahkan sebelum ini turut dijanjikan kepada para peminat, sekali gus menjadikan konsert ini sebagai sebuah pengalaman istimewa yang mungkin sukar untuk diulangi pada masa akan datang.

Peminat muzik indie tempatan dijemput untuk menjadi sebahagian daripada malam bersejarah itu menerusi Disko Dansa Generasiku yang bakal berlangsung Sabtu ini di Odeon, Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kolaborasi istimewa OAG dan The Times dalam satu pentas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN