LAMPU isyarat di persimpangan jalan kadangkala tidak memberi sebarang makna kepada sebahagian besar penunggang motosikal.
Ini kerana sering kali mereka dilihat tidak mempedulikan isyarat itu, terutama yang berwarna merah yang bermakna kenderaan perlu berhenti.
Keadaan tersebut dapat dilihat dengan ketara pada waktu puncak, khususnya ketika orang ramai sibuk ke tempat kerja pada sebelah pagi atau waktu petang ketika pulang ke rumah.
Tindakan mereka bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga pengguna kenderaan yang lain jika terbabit dengan kemalangan.
Lebih malang jika yang terlibat dengan perbuatan itu adalah warga asing yang rata-ratanya tidak memiliki lesen memandu negara ini.
Warga asing terlibat bukan sahaja tidak berhenti di lampu isyarat tetapi kadangkala terhoyong-hayang di tengah jalan dan tidak tahu sepatutnya mereka berada di lorong mana.
Semuanya kerana mereka tidak begitu mahir dengan peraturan jalan raya di negara ini, selok-belok jalan dan juga kenderaan yang dibawa.
Kesemua keadaan itu boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya.
Kemalangan yang berpunca daripada mereka bukan sahaja mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri atau orang lain tetapi juga kerugian harta benda kepada yang terlibat.
Yang menjadi masalah apabila kemalangan melibatkan warga asing yang menunggang motosikal atau memandu kenderaan tanpa dokumen sah menyebabkan orang lain tidak dapat membuat tuntutan insurans kemalangan.
Lebih sukar apabila warga asing tersebut juga adalah pendatang asing tanpa izin (PATI). Mahu dituntut wang segera, sebahagian mereka sudah tentu tidak mampu untuk membayarnya.
Hakikat PATI menunggang motosikal atau memandu kenderaan secara tidak sah bukan perkara asing di negara ini.
Pihak berkuasa juga mengetahui tentang perbuatan mereka. Malah sudah lama ia berlaku dan ada juga warga asing yang bekerja sebagai pemandu lori walaupun mereka tidak dibenarkan berbuat demikian.
Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan mendedahkan, pihaknya telah mengesan kewujudan individu yang memiliki antara 50 hingga 150 motosikal untuk disewakan kepada warga asing.
Perniagaan itu memberi pulangan menguntungkan kepada mereka kerana setiap motosikal disewa dengan kadar sehingga RM150 sebuah.
Keuntungan yang diraih daripada kegiatan itu menyebabkan sebahagian pengusaha tidak menghiraukan risiko dikenakan tindakan penguatkuasaan kerana hasil sewaan yang diperoleh dilihat jauh lebih lumayan.
Malah mereka juga tidak memikirkan tentang risiko yang dibawa oleh PATI yang menyewa kenderaan itu.
Sebab itu sudah tiba masanya pihak berkuasa perlu bertegas dengan PATI atau warga asing yang menyewa motosikal atau kereta tanpa dokumen sah.
Pemantauan perlu dilakukan selalu, terutama melalui sekatan jalan raya dan kenderaan yang dikesan perlu disita oleh pihak berkuasa serta pemiliknya juga dikenakan tindakan.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pemangku Timbalan Pengarang Utusan Malaysia. – UTUSAN
Pantau warga asing pandu, tunggang kenderaan

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved