40 minit tahan sakit kaki tersangkut dalam lubang tandas - Utusan Malaysia

40 minit tahan sakit kaki tersangkut dalam lubang tandas

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan kaki seorang kanak-kanak perempuan yang tersangkut dalam lubang tandas di kediaman keluarganya di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun terpaksa menahan sakit selama 40 minit selepas kakinya tersangkut dalam lubang tandas di kediaman keluarganya di Jalan Kancil 8, Taman Scientex, di sini malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II, Iszahwati Supardi berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 7.38 malam dan seramai lapan anggota beserta dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, didapati kaki kiri seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun tersangkut dalam lubang tandas kediaman berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati kejadian berlaku kira-kira lima minit selepas mangsa masuk ke tandas untuk mandi,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Tambah Iszahwati, anggota bomba berusaha mengeluarkan kaki mangsa menggunakan tangan namun gagal sebelum tindakan diambil memecahkan simen di sekeliling lubang tandas tersebut.

“Operasi itu dilaksanakan menggunakan peralatan khas dan memakan masa kira-kira 40 minit sebelum kaki mangsa berjaya dikeluarkan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×