SEMALAM, Akta Sistem Insurans Pekerjaan dan Perkhidmatan Pekerjaan 2017 (Akta 800) berkuat kuasa, dengan memberi manfaat kepada tujuh juta pencarum di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pindaan Akta 800 memperuntukkan tiga penambahbaikan faedah antaranya peningkatan Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) kepada 50 peratus daripada baki Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) berbanding 25 peratus sebelum ini.
Penambahbaikan yang menyediakan faedah secara purata RM3,300 bagi setiap individu ini mampu merancakkan pasaran buruh negara, selain menjadi pemangkin ke arah tempoh peralihan kerjaya yang lebih cepat.
Ini adalah antara berita baik kepada golongan pekerja menjelang pembentangan Belanjawan 2027 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat 9 Oktober ini.
Perkeso adalah agensi kerajaan yang bertanggungjawab menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja di sektor formal dan sektor bukan formal melalui skim-skim keselamatan sosial.
Matlamat Perkeso adalah melindungi pekerja daripada risiko kemalangan pekerjaan, penyakit akibat pekerjaan, kehilangan pekerjaan dan ketidakupayaan yang boleh menjejaskan pendapatan mereka.
Kategori yang dilindungi Perkeso adalah pekerja sektor swasta, pekerja asing dan domestik dan golongan yang bekerja sendiri.
Untuk rekod, pindaan Akta 800 yang sebelum ini dikenali sebagai Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 mendapat Perkenan Diraja pada 30 Ogos 2026 dan diwartakan pada 15 September lepas.
Pindaan ini melengkapkan agenda Kerajaan Madani ke arah mengukuhkan perlindungan sosial secara lebih menyeluruh, selari pelaksanaan LINDUNG 24 Jam pada 1 Jun lalu yang turut meliputi risiko kemalangan di luar waktu bekerja.
Sebelum ini, menerusi Skim LINDUNG 24 Jam yang bermula Jun lalu, seramai 9.6 juta pencarum Perkeso menikmati perlindungan sepanjang masa. Pendek kata, kalau kemalangan berlaku di luar waktu kerja pun, mereka tetap dilindungi.
Perlindungan yang disediakan oleh Perkeso, ‘mengubat’ sedikit keresahan dalam aspek gaji terutama pekerja sektor swasta. Ini kerana cadangan menaikkan gaji minimum pekerja sekarang dinaikkan daripada RM1,700 dibantah sesetengah pihak.
Cadangan kenaikan itu menjadikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menetapkan gaji minimum RM3,100 sejak tahun lalu sewajarnya menjadi penanda aras kepada sektor swasta.
Bagaimanapun, Pengerusi Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana (Samenta) Pusat, Datuk William Ng berkata, cadangan itu amat sukar ditampung oleh kebanyakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Beliau berkata, kesan pelaksanaannya bukan sekadar melibatkan pekerja peringkat asas malah boleh mencetuskan pemampatan gaji apabila jurang gaji antara pekerja baharu dengan pekerja lebih berpengalaman semakin mengecil.
Kini golongan pekerja terutama sektor swasta menantikan khabar gembira yang bakal diumum oleh Anwar selepas memberi bayangan kadar gaji minimum RM1,700 akan dinaikkan dan akan diumumkan dalam Belanjawan 2027.
Apabila bayaran upah dinaikkan, dapatlah golongan pekerja merasai ‘nikmat’ berbelanja hasil kemajuan negara sekaligus meningkatkan taraf hidup keluarga. Selain itu, pekerja juga lebih bersemangat bekerja dan akan meningkatkan lagi produktiviti syarikat. – UTUSAN
Mohd. Radzi Mohd. ZIn ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Lagi manfaat Perkeso untuk pekerja

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved