Wanita harap bantuan baiki tandas, bumbung rumah demi anak

Wanita harap bantuan baiki tandas, bumbung rumah demi anak-anak

MARIATI Antek mendukung salah seorang anaknya, Muhammad Nazim Irfan sambil menunjukkan bahagian dapur rumah mereka yang bocor di Kampung Kuala Kangkong, Alor Setar, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: “Saya tidak minta banyak, cukuplah kalau bumbung rumah yang bocor dibaiki selain ada tandas supaya anak-anak dapat hidup lebih selesa.

Itu harapan suri rumah, Ma­riati Antek, 37, yang kesempitan hidup sehingga terpaksa menetap di sebuah rumah usang bersama suami dan dua anak di Kuala Kangkong, di sini.

Rumah yang menjadi tempat berteduh keluarga itu berada dalam keadaan serba daif de­ngan bumbung yang bocor selain tiada tandas malah bekalan air juga pernah dipotong.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Mariati keadaan itu memaksanya membawa anak-anak ke tandas sebuah pusat beli-belah berhampiran untuk mandi atau buang air.

“Bekalan air baru disambung semula bulan lalu selepas ada seorang dermawan bantu me­langsaikan tunggakan. Sepanjang tiada air, memang susah. Kami terpaksa ke tandas dan mandi di luar tetapi kami cuba bertahan kerana tiada pilihan,” katanya.

Mariati berkata, suaminya, Mohd. Akhir Omar, 37, bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan tidak tetap.

Mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh berbuat demikian dengan menderma me­lalui akaun BSN milik Mariati, bernombor 1200141000015872.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×