BEIJING, 30 September 2026 /PRNewswire/ — Apabila terlihat kotak misteri comel bertemakan Mazu, orang ramai dari dalam dan luar negara dapat melihat dengan mudah bagaimana belia China mentafsirkan semula warisan budaya tradisional Cina melalui perspektif mereka sendiri.
Siri kotak misteri ini, yang jualannya telah pun melebihi 100 juta yuan, merupakan produk bergaya China (China-chic) yang dibangunkan bersama oleh Tokong Leluhur Mazu Meizhou dan sebuah firma kreatif kebudayaan yang berpangkalan di Shanghai.
Diilhamkan oleh legenda mengenai sembilan artifak dan lambang membawa tuah Mazu, dewi laut paling berpengaruh di China, para pereka menghasilkan lima figura berbeza tetapi comel yang masing-masing melambangkan kekayaan, kerjaya, kejayaan akademik, keselamatan dan permohonan hajat.
Memandangkan setiap kotak misteri mengandungi sebuah "cawan suci" mini, pembeli, yang biasanya terdiri daripada golongan muda, dapat menikmati keterujaan membuka kotak tersebut, yang menghubungkan kepercayaan dan adat resam Mazu yang berusia ribuan tahun dengan kehidupan harian.
Sesetengah pembeli muda membeli kotak misteri Mazu semata-mata kerana reka bentuknya yang indah, tetapi kemudiannya mula mengenali budaya Mazu, sekali gus menjadikan kotak misteri tersebut sebagai "jendela" kepada budaya Mazu, kata Chen Lin, kakitangan Tokong Leluhur Mazu Meizhou di Pulau Meizhou, Bandar Putian, Wilayah Fujian.
Di Pulau Meizhou, terdapat cara mengikut perkembangan terkini yang lain untuk golongan muda mengenali budaya Mazu, termasuk mengambil foto perjalanan dengan mengenakan pakaian tradisional Mazu, menonton drama bertemakan Mazu dan bersiar-siar di jalan-jalan tempatan bersama-sama dengan watak bukan pemain.
Selain itu, pelajar muzik di Putian University menghadiri acara persembahan Festival Mazu dua kali setahun bagi menghayati alunan melodi daripada loceng ‘chime’ Cina purba yang meraikan nilai kebaikan, kemurnian hati dan kasih sayang agung Mazu.
Di makmal digital budaya Mazu di Putian University, para cendekiawan muda kini sedang membina arkib digital tokong dan istana Mazu global bagi menyokong penyelidikan akademik berkaitan dan memelihara warisan budaya tidak ketara dengan lebih baik.
Pada masa ini, golongan muda di China sedang menghidupkan semula warisan budaya tradisional negara yang luas dengan cara yang lebih menarik, lebih mudah dan lebih imersif.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/352387.html
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5059040_MS59040_6











