Pencapaian Malaysia di WSC Shanghai terbaik sejak 1995

Pencapaian Malaysia di WSC Shanghai terbaik sejak 1995

AHMAD Zahid Hamidi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pencapaian kontinjen Malaysia pada WorldSkills Competition (WSC) Shanghai 2026 sebagai pencapaian terbaik buat negara, sejak menyertai pertandingan itu pada 1995.

Beliau berkata pencapaian itu membuktikan bahawa bakat dan kemahiran anak Malaysia mampu bersaing dengan yang terbaik di pentas dunia.

“Tahniah saya ucapkan kepada seluruh kontinjen Malaysia yang telah menamatkan cabaran di WorldSkills Shanghai 2026 dengan pencapaian yang amat membanggakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Syabas saya ucapkan khususnya kepada Sia Xin Wan yang telah menghadiahkan pingat gangsa dalam kategori Pengujian Perisian serta menerima anugerah Best of Nation, dan kepada 13 lagi peserta yang berjaya meraih Pingat Kecemerlangan dalam bidang masing-masing,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan kepada jurulatih, pakar, keluarga, institusi dan seluruh pasukan yang bekerja untuk kejohanan itu.

“Teruskanlah melangkah jauh dan mengharumkan nama negara. Malaysia bangga dengan kalian,” katanya.

WSC Shanghai 2026 menyaksikan kontinjen Malaysia yang diwakili 22 peserta bertanding dalam 21 bidang kemahiran merangkumi pelbagai sektor teknikal di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Kementerian Kerja Raya.

Kejohanan itu yang berlangsung dari 22 hingga 27 Sept menghimpunkan 1,400 profesional muda berkemahiran terbaik dari 65 negara dan wilayah, mewakili 64 bidang kemahiran. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×