KALAU kita luangkan masa sehari duduk bersembang dengan para petani dan pesawah, macam-macam cerita yang kita dengar.
Daripada kerja keras membanting tulang mengerjakan tanah yang ada hingga kepada nasib mereka yang masih di tangan para pemimpin dan pegawai-pegawai agensi kerajaan.
Kerjalah, usahalah sekeras mana pun, tetapi apabila benih yang dibekalkan tidak berkualiti, bekalan baja tidak sampai pada waktu yang diperlukan, dan apabila dapat hasil dipotong pula sesuka hati, akhirnya apa yang mereka dapat?
Begitu juga dengan para petani kita. Jenguklah ke kampung-kampung bagaimana mereka mengusahakan tanah seekar, dua ekar dengan pelbagai tanaman. Tetapi apabila hasil dituai sukar untuk dijual. Pergi merayu, mengemis kepada agensi pemasaran milik kerajaan tetapi jawapannya, mereka tidak ambil semua hasil tanaman. Hanya tanaman tertentu dalam senarai mereka sahaja. Itupun mereka hanya ambil yang gred A. Gred selain itu dicincang buat makanan ayam atau lembu.
Sedangkan kalau kita ke pasar raya, ada saja sayuran-sayuran gred rendah yang dijual. Timun yang kemetot, cabai yang berkerekot, sayur yang berlubang-lubang dan banyak lagi ada saja dijual. Tetapi kenapa agensi kerajaan yang sepatutnya membantu petani berlagak kayangan?
Pengalaman terbaharu adalah sekumpulan petani di Padang Terap yang mengusahakan ubi kayu dan pisang. Apabila sudah boleh dituai hasil, tidak ada pihak yang sudi membantu mereka untuk memasarkan produk.
Sebab itu kita tertanya kenapa nasib pesawah dan petani kita begitu? Kenapa mereka sentiasa berhadapan dengan masalah. Dan masalah itu pula tidak pernah dapat diselesaikan.
Sedangkan kalau tengok agensi kerajaan yang berkaitan pertanian dan dasar makanan ada berpuluh-puluh, atau mungkin juga beratus-ratus. Tetapi yang hidup senang hanya mereka dan pegawai-pegawai mereka.
Petani yang berhempas-pulas membanting tulang pagi petang siang malam tetap hidup dalam kemiskinan. Malah kadang-kadang perlu mengemis, merayu kepada pegawai-pegawai agensi pertanian ini. Sekali datang dari kampung untuk mendapat nasihat belum tentu boleh jumpa pegawai kerajaan yang serba hebat dan bergaya.
Sebab itu, apabila bercakap tentang mutu padi ia tidak pernah akan selesai. Bagaimana mahu hasilkan padi yang mutunya sekata jika ada kawasan sawah yang tidak mendapat bekalan air yang mencukupi. Ada atau tidak pegawai yang pergi melihat dan mencari jalan mengatasi masalah ini? Sebab itu dalam bersawah ada istilah baruh dan darat.
Baruh selalunya banyak air dan darat kerap kering. Untuk mengatasi masalah air di kawasan sawah kategori darat diwujudkan sistem saliran, tali air atau parit gila. Jika dengan parit gila ini pun air gagal sampai ke sawah yang darat maka pegawai yang bertanggungjawab perlu buat sesuatu. Jangan hanya tunggu dan lihat.
Setelah air cukup, padi ditanam baja perlu ditaburkan mengikut waktu. Ada baja untuk akar, daun dan buah. Kalau baja pun lambat seperti yang sering Utusan Malaysia bangkitkan, bagaimana mahu dapatkan padi yang berkualiti? Siapa yang boleh jawab?
Apa guna menjaja slogan pertanian adalah perniagaan tetapi akhirnya majoriti petani hidup miskin.
Aznan Bakar ialah Pemangku Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd. – UTUSAN
Kenapa nasib petani, pesawah kita begitu?

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved