Anthony Loke dan pimpinan tertinggi DAP hadir mesyuarat CEC bincang isu Najib

Anthony Loke dan pimpinan tertinggi DAP hadir mesyuarat CEC bincang isu Najib

ANTHONY Loke Siew Fook tiba di ibu pejabat DAP bagi menghadiri mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) hari ini. - UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook dan beberapa pimpinan tertinggi parti itu hadir di ibu pejabat DAP di sini bagi menghadiri mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) hari ini.

Loke tiba kira-kira pukul 2.54 petang tadi, manakala antara pemimpin lain yang hadir ialah Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo dan Bendahari Kebangsaan DAP, Datuk Ngeh Koo Ham.

Turut hadir ialah Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Khoo Poay Tiong serta Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh yang juga Ahli Parlimen Segambut.

Hannah sebelum ini turut menganggotai Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang terlibat dalam keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara pimpinan lain yang hadir ialah Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming serta Naib Pengerusi Kebangsaan, Syahredzan Johan dan J. Arul Kumar.

Turut kelihatan ialah Setiausaha Antarabangsa DAP, Kasthuri Patto serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat, Lim Hui Ying dan Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan, Young Syefura Othman.

Mesyuarat CEC DAP itu bermula kira-kira pukul 3 petang bagi membincangkan pendirian parti serta tindakan susulan berhubung pengampunan bersyarat terhadap Najib.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang berlangsung semalam.

Bekas Perdana Menteri itu sebelum ini menjalani hukuman penjara enam tahun di Penjara Kajang selepas hukuman asal 12 tahun dikurangkan pada 2024, manakala denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×