SEMALAM, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diperkenan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta dan syarat-syarat yang ditetapkan.
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang berlangsung di Istana Negara semalam.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib.
Menurut kenyataan itu, Najib hendaklah mematuhi semua syarat yang ditetapkan dan sekiranya mana-mana syarat tersebut dilanggar, pengampunan berkenaan terbatal serta beliau hendaklah serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara.
Najib, 73, kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.
Tahanan rumah adalah bentuk pelaksanaan hukuman apabila seseorang banduan menjalani baki hukuman di kediaman yang ditetapkan, tertakluk kepada syarat dan kawalan yang ditentukan pihak berkuasa.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Yaacob Md. Sam memberitahu, peruntukan Akta Penjara 1995 yang sememangnya mempunyai peruntukan konsep tahanan rumah atau house arrest.
Beliau memperinci tahanan rumah seperti berikut:
Asas undang-undang
Seksyen 2 Akta Penjara 1995 mentakrifkan penjara sebagai termasuk rumah dan bangunan.
Seksyen 3 pula memberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk mewartakan mana-mana rumah atau bangunan sebagai penjara bagi membolehkan banduan menjalani hukuman.
Seksyen 26 memperuntukkan penggunaan Perintah Tetap Ketua Pengarah Penjara bagi mengawal tatacara pengendalian dan pergerakan banduan yang menjalani tahanan rumah.
Apakah maksud tahanan rumah?
Menurut bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, tahanan rumah bermaksud seseorang banduan tidak dibenarkan keluar dari kediamannya sepanjang tempoh tahanan dan wajib mematuhi syarat yang ditetapkan.
Banduan bagaimanapun boleh melakukan aktiviti di dalam kawasan kediamannya berdasarkan ketetapan yang dikenakan.
Mohamed Apandi berpandangan bahawa rumah yang dijadikan tempat tahanan tidak perlu diwartakan dan tidak boleh disamakan dengan penjara. Pandangan ini berbeza daripada penjelasan Yaacob yang merujuk kuasa pewartaan di bawah Seksyen 3 Akta Penjara 1995.
Sebagai orang awam, kita hendaklah menghormati keputusan dan perkenan Sultan Ibrahim dalam perkara ini. Ini kerana Perlembagaan menetapkan kuasa pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong dan keputusan berkenaan perlu diterima.
Bagaimanapun, seperti kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengampunan bersyarat terhadap Najib tidak menjejaskan komitmen kerajaan dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa.
Beliau berkata, semua kes rasuah termasuk prosiding yang masih berjalan membabitkan Najib perlu diteruskan mengikut landasan undang-undang.
“Prinsip negara hukum, keputusan kita mengambil tindakan kepada semua kes rasuah tidak tergugat,” tegas Perdana Menteri.
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia – UTUSAN
Apa makna tahanan di rumah?

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved