Digelar toksik, Abby Abadi ‘sekolahkan’ netizen - Utusan Malaysia

Digelar toksik, Abby Abadi ‘sekolahkan’ netizen

ABBY ABADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi, 48,  menyelar netizen yang menggelarkannya individu toksik hanya kerana tindakannya yang selalu memarahi anak-anaknya.

Bertindak mempertahankan diri, Abby menolak dakwaan itu dan menjelaskan tindakannya membuka cerita lama adalah untuk kesedaran anak-anak.

“Apa yang toksiknya? Baru ni sahaja saya bercakap tentang ini. Awak tahu ke apa yang jadi selama saya hidup?

“Tahukah lepas bercerai saya mengalah untuk banyak hal. Jadi bila sekarang saya nak bercerita untuk anak-anak itu sedar diri, supaya mereka boleh tolong jaga hati maknya ini, apa masalahnya?

“Selama saya baik sebelum ini, awak tak kata apa-apa pun?” Katanya di Thread.

Terdahulu seorang individu mendakwa Abby sebagai ibu yang toktik gara kerana dakwanya melepaskan kepada anak-anak hanya kerana marah kepada bekas suami, Norman Hakim.

“Toksik gila abby. Sakit hatinya kat bapak, tapi nak lepas dekat anak-anak. Anak tak akan jauh dari anda sebab duit sahaja.

“Kena muhasabah pada diri sendiri juga apa yang dah buat kat anak sampai diorang macam tu,” kata netizen berkenaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×