SEORANG wartawan veteran pernah membangkitkan soal kelesuan politik dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda yang dilihat semakin kurang berminat untuk mengikuti perkembangan politik secara dekat.
Persoalannya, sejauh mana rakyat benar-benar lesu dengan politik? Adakah mereka sudah tidak peduli terhadap politik atau sebenarnya semakin berhati-hati untuk memberikan perhatian kepada percaturan parti dan pemimpin?
Persoalan ini boleh dijawab dengan mengambil kira peratusan mengundi dua pilihan raya negeri (PRN) di Johor dan Negeri Sembilan baru-baru ini apabila masing-masing mencatatkan 68.73 dan 72.64 peratus.
Berbanding sebelum ini, PRN Johor pada 2022 merekodkan sebanyak 54 peratus manakala PRN Negeri pula mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 61.89 peratus.
Jadi peningkatan berbanding pilihan raya lalu jelas menunjukkan sambutan pesta demokrasi dalam kalangan rakyat amat memberangsangkan.
Namun ukuran itu belum cukup untuk menjawab persoalan sama ada rakyat benar-benar semakin lesu dengan politik. Keluar mengundi hanya berlaku pada hari pilihan raya, sedangkan hubungan rakyat dengan politik berlangsung sepanjang masa.
Persoalan yang lebih besar ialah sejauh mana rakyat mengikuti perkembangan politik selepas pilihan raya, mengambil bahagian aktiviti parti, atau bersedia menyuarakan pandangan mengenai isu semasa.
Hal ini kerana penyertaan rakyat khususnya generasi muda dalam politik amat kurang memuaskan apabila rata-rata pemimpin atasan masih berusia tujuh dekad tanpa mengira blok kerajaan dan pembangkang.
Sekiranya rakyat amat berminat menyertai politik, sudah tentu barisan kepimpinan didominasi generasi muda, tetapi sebaliknya pada hari ini kebanyakannya berusia 60 hingga 70 tahun.
Keadaan itu menimbulkan persoalan sama ada wujud jurang antara generasi muda dengan kepimpinan politik sedia ada, khususnya dari segi pendekatan, bahasa politik dan isu yang dianggap penting.
Pada masa sama, generasi muda hari ini tidak semestinya menjauhkan diri daripada politik. Mereka mungkin tidak aktif dalam parti tetapi mengikuti isu semasa menerusi media sosial dan platform digital.
Malah, sesuatu isu boleh mendapat perhatian anak muda apabila berkait secara langsung dengan kehidupan mereka seperti peluang pekerjaan, kos sara hidup dan pendapatan.
Ini menunjukkan bahawa kurangnya penglibatan dalam politik kepartian tidak semestinya bermaksud golongan muda tidak mempunyai kesedaran politik. Sebaliknya, mereka mungkin semakin selektif dalam menentukan isu diberikan perhatian dan pemimpin yang mahu didengari.
Justeru, kelesuan politik perlu dinilai berdasarkan gambaran yang lebih luas dan bukan semata-mata berdasarkan kadar keluar mengundi atau keahlian parti.
Persoalan sebenarnya ialah sama ada politik masih mampu menarik perhatian rakyat di luar dan meyakinkan mereka bahawa penyertaan politik membawa perubahan kepada kehidupan seharian.
Jika gagal, tidak mustahil timbul persepsi dalam kalangan rakyat bahawa pertukaran kerajaan tidak semestinya membawa perubahan yang dirasai. Dari situlah lahir cakap-cakap yang semakin biasa didengar ‘tukar kerajaan, tetapi sama sahaja. – UTUSAN
Juani Munir Abu Bakar adalah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Benarkah rakyat sudah lesu politik?

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved