Kesahihan kenyataan Exco Negeri Sembilan dipersoal

Kesahihan kenyataan Exco Negeri Sembilan dipersoal

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesahihan kenyataan yang didakwa dikeluarkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan mengenai pelucutan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar negeri itu dipersoalkan.

Seorang peguam, Rosli Dahlan mempersoalkan sama ada Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim telah memperakui kenyataan yang dikeluarkan petang tadi dengan menegaskan bahawa ia hanya ditandatangani sebagai barisan ahli Exco Negeri Sembilan.

“Bolehkah satu ketetapan Exco dibuat tanpa perakuan menteri besar? Keputusan serta ketetapan Exco sepatutnya diumumkan oleh menteri besar selaku ketua Exco.

“Jadi, bolehkah Exco mengeluarkan kenyataan sedemikian tanpa menteri besar? Dan siapakah yang memberi kebenaran untuk mengeluarkan kenyataan itu?” katanya.

Terdahu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan Tuanku Muhriz telah diturunkan takhta oleh Undang Yang Empat, manakala Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar dipilih dan diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar negeri itu yang baharu berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan itu, keputusan berkenaan dicapai secara kolektif dalam mesyuarat yang berlangsung semalam dan dipengerusikan Ismail.

Kenyataan berkenaan menyebut Exco bersetuju bahawa penyingkiran Tuanku Muhriz pada April lalu adalah sah dengan proklamasi penurunan takhta baginda bertarikh 19 April telah ditandatangani serta dicop mohor oleh Undang Luak yang sah dan berkuat kuasa.

Proklamasi itu juga menurut kenyataan sama telah ditandatangani Ismail pada 3 Ogos lalu menjadikannya sempurna menurut Perkara 10(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

Kenyataan itu turut menyifatkan proklamasi pemilihan Tuanku Nadzaruddin menurut Perkara 11 UUTKNS 1959 bertarikh 19 April sebagai teratur dan sempurna selepas ditandatangani serta dicop mohor oleh Undang Luak yang sah dan berkuat kuasa.

Pentadbiran kerajaan negeri turut dikehendaki mengambil langkah serta-merta bagi melaksanakan pengumuman itu untuk mematuhi sabda dan ketetapan Undang Yang Empat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×