ADA dua isu utama perlu diberikan perhatian pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara ketika ini. Pertama masalah anjing liar dan kedua, kegiatan perniagaan warga asing yang dijalankan secara haram dan tidak mematuhi syarat.
Kedua-duanya, bukan perkara baharu dibangkitkan penduduk. Namun masalah sama terus berulang seolah-olah tiada penyelesaian.
Masalah anjing liar berlaku di banyak kawasan tempat tinggal bukan sahaja mengganggu ketenteraman penduduk malah boleh mengancam keselamatan.
Saya percaya aduan mengenai anjing liar antara yang kerap dibangkitkan kepada PBT. Penduduk mahu tindakan segera diambil namun PBT dikatakan kerap kali lewat memberi respons.
Apabila tindakan diambil, ia tidak seperti diharapkan, tidak menyelesaikan masalah. Seekor atau dua ekor yang ditangkap seperti hanya memenuhi rekod bahawa aduan telah diambil tindakan.
Pendekatan menangani isu anjing liar pula dilihat berbeza-beza antara PBT. Ada yang mengambil inisiatif sendiri manakala ada PBT lain yang berdepan pelbagai kekangan termasuk daripada segi peruntukan, kemudahan dan prosedur pengurusan haiwan. Sedangkan masalah ini berlaku di seluruh negara dan mempunyai banyak persamaan.
Sudah tiba masanya satu pendekatan selaras diwujudkan bagi menangani isu anjing liar. Ia termasuklah memperkemas prosedur aduan, tindakan tangkapan, pengurusan haiwan serta syarat pelesenan pemilikan anjing.
Isu warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram dan tidak mematuhi syarat juga perlu diberikan perhatian. Kegiatan seperti membuka premis tanpa lesen, menjaja tanpa kebenaran dan melanggar syarat operasi perniagaan tidak boleh dibiarkan berlarutan.
Persoalan sering dibangkitkan adalah bagaimana premis dan kegiatan perniagaan sedemikian boleh beroperasi tanpa tindakan tegas PBT.
Ada premis yang mudah dikenal pasti oleh orang ramai tetapi seolah-olah terlepas daripada perhatian pihak berkuasa
Lebih mengecewakan, terdapat persepsi bahawa penguatkuasaan terhadap peniaga tempatan lebih pantas berbanding kegiatan warga asing yang melakukan kesalahan sama. Persepsi sedemikian tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menimbulkan persoalan mengenai
keadilan dan turut mengundang dakwaan mengenai salah guna kuasa atau rasuah.
Selain isu lesen perniagaan, perkara lain seperti kebersihan premis dan penjajaan di tempat tidak dibenarkan juga perlu diperiksa. PBT tidak boleh hanya menunggu aduan penduduk sebelum bertindak.
Kegagalan menangani kedua-dua isu ini secara berkesan boleh menyebabkan rakyat hilang percaya terhadap PBT. Lebih membimbangkan apabila ada penduduk yang mula mengambil tindakan sendiri kerana merasakan aduan mereka tidak mendapat perhatian sewajarnya.
Keadaan ini berbahaya dan tidak boleh dibiarkan kerana boleh menimbulkan konflik atau masalah keselamatan yang lebih besar. Janganlah tunggu sehingga rakyat hilang sabar dan mengambil keputusan sendiri. Bertindaklah sekarang. – UTUSAN
Badrul Hafizan Mat Isa ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Jangan sampai rakyat hilang sabar dengan PBT

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved