SMK Che Tom juara Perarakan Maulidur Rasul 2026 Sungai Petani

SMK Che Tom juara Perarakan Maulidur Rasul 2026 Sungai Petani

SEBAHAGIAN pelajar SMK Che Tom bergambar bersama Dr. Mohammed Taufiq Johari (tengah) sempena Perarakan Maulidur Rasul 2026 Peringkat Parlimen Sungai Petani di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. – UTUSAN/ABD RAZAK OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUMPULAN Az Zahrat CTGS mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Che Tom di Jalan Bakar Arang muncul sebagai juara kategori sekolah sempena Perarakan Maulidur Rasul 1448H yang didakan di Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani, baru-baru ini.

Seramai 40 pelajar asrama dibimbing oleh Zulhazmi Abd Rahman dan Alisha Nurmaisara Mohd. Aslah selaku ketua kontinjen memenangi perarakan itu dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM900.

Turut sama menyertai perarakan itu, termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Pinang Tunggal, SK Seri Wang, SMK Ibrahim, SMK Bukit Selambau, SMK Merbok, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok, Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Muhammad Jiwa dan Kolej Vokasional Sungai Petani 1.

Bagaimanapun, tempat kedua di menangi oleh Pasukan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinang Tunggal menerima RM700 dan ketiga, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Wang menerima RM500.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×