KUALA LUMPUR: Perkongsian video yang menunjukkan kemesraan antara seorang jejaka dengan pelakon, Fify Azmi di laman Thread menuai perhatian netizen.
Mengenakan pakaian sedondon berwarna hitam, Fify dan pengguna akaun Thread Farith_Nazrin itu menunjukkan kemesran sambil memegang sejambak bunga ros.
Netizen di ruangan komen terkejut dan berteka teki sama ada lelaki berkenaan merupakan kekasih baharu pelakon tersebut.
“Adakah itu fify?” soal netizen.
Fify bagaimanapun belum mengesahkan hubungan dengan lelaki berkenaan.
Terdahulu Fify dikaitkan dengan pelakon, Niezam Zaidi. Bagaimanapun hubungan mereka terputus di pertengahan gara-gara orang ketiga. – UTUSAN










