Himpunan Perpaduan Ummah, sasar satu juta kehadiran

Himpunan Perpaduan Ummah, sasar satu juta kehadiran

AHMAD Zahid Hamidi menyampaikan Ucapan Penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO meluluskan usul untuk Pemuda UMNO dan Pas mengadakan Himpunan Perpaduan Ummah, yang menyasar untuk menghimpunkan sejuta umat Islam.

Dalam ucapan penggulungannya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta persetujuan perwakilan untuk memberi mandat kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh bagi menggerakan himpunan tersebut dengan Pas.

Dewan Merdeka kemudiannya, bergema dengan laungan setuju oleh perwakilan bagi menggerakkan perhimpunan tersebut.

Susulan persetujuan itu, Ahmad Zahid memberi mandat kepada Dr. Muhammad Akmal untuk menggerakkannya secara bersiri di seluruh negara.

“Akmal, abang berikan mandat dan kerjasama elok-elok dengan mereka (Pas).

“Gerakkan roadshow (siri jelajah) ke negeri-negeri sebelum kemuncak melalui himpunan besar-besaran di peringkat pusat,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di sini, hari ini.

Ahmad Zahid juga meminta seluruh jentera Pemuda di peringkat bahagian dan negeri-negeri dengan dokongan Wanita dan Puteri agar memberi sokongan penuh kepada perhimpunan di peringkat masing-masing.

“Lakukan tafahum siyasi dengan mengadakan gerakan bersama ini supaya ia tersusun dan berterusan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×