Peranan Dr. Yasmin dalam persada ekonomi digital diiktiraf - Utusan Malaysia

Peranan Dr. Yasmin dalam persada ekonomi digital diiktiraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usaha Datuk Dr. Yasmin Mahmood dalam memperkasakan ekonomi digital di peringkat antarabangsa telah melayakkan beliau untuk menjadi penerima PIKOM Tech Luminary Award.

Penganugerahan tersebut diberikan kerana peranan beliau dalam memperhebat ekonomi digital sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) selama lebih tiga dekad.

Persatuan itu meanggap beliau sebagai salah seorang pemimpin dihormati dan berpengaruh dalam dunia teknologi, mengangkat sumbangan beliau dalam arena tersebut.

“Pengaruh beliau cukup dirasai dalam dan luar negara hasil penyertaan beliau dalam platform antarabangsa mewakili Malaysia dan negara ASEAN.

“Malah, pencapaian beliau dibuktikan apabila Dr. Yasmin dinamakan sebagai salah seorang daripada 100 yang berpengaruh dalam kerajaan digital,” kata PIKOM dalam kenyataan yang dikongsikan hari ini.

Dalam acara sama, Menteri Digital Malaysia, Gobind Singh Deo menggesa rakyat Malaysia untuk tidak sekadar meraikan teknologi luar dan pusat maklumat, sebaliknya membangunkan dan memiliki harta intelek dan platform untuk memacu ekonomi digital global.

Dalam ucapannya yang dibacakan pengerusi MDEC, Ganesh Kumar Bangah, Gobind berkat perkara itu penting bagi mencapai cita-cita negara untuk bergelar negara AI menjelang 2030.

“Kedaulatan digital sebenar bermaksud daripada mendi pengguna pasif dan hab penciptaan kepada menjadi pencipta, pemimpin dan pemilik kepada teknologi,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Gobind menggesa agar PIKOM memainkan lebih banyak peranan dalam mencipta polisi, mengetengahkan bakat-bakat tempatan dan membantu kerajaan untuk memansuhkan kawal selia dan penghadang birokrasi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×