Bayi maut, polis tahan ibu dan pengasuh bantu siasatan

Bayi maut, polis tahan ibu dan pengasuh bantu siasatan

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang bayi lelaki berusia 13 bulan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dengan bibir kebiruan di rumah pengasuhnya di Kampung Melayu, Air Itam, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Pulau Pinang (HPP) berhubung kejadian ittu kira-kira pukul 5.16 petang iaitu pada hari bayi berkenaan dilaporkan meninggal dunia.

”Siasatan awal mendapati, mangsa ditemukan oleh pengasuhnya iaitu seorang wantahita tempatan berusia 44 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bibir kebiruan kira-kira pukul 2 petang pada hari kejadian.

”Mangsa kemudiannya dibawa ke HPP oleh ibu dan pengasuhnya sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 3.33 petang selepas menerima rawatan kecemasan,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, susulan kejadian itu, polis kemudian menahan pengasuh serta ibu mangsa bagi membantu siasatan.

“Proses bedah siasat telah dijalankan semalam, namun, punca kematian masih belum dapat dipastikan setakat ini. Polis juga sedang menunggu keputusan analisis makmal,” katanya yang memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Tambah Abdul Rozak, pengasuh mangsa direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 15 September, manakala ibu mangsa pula direman selama tiga hari bermula semalam hingga 11 September ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×