Warga Israel perlu berkelakuan dengan wajar - Menteri Luar Thai - Utusan Malaysia

Warga Israel perlu berkelakuan dengan wajar – Menteri Luar Thai

SIHASAK PHUANGKETKEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Israel perlu berbuat lebih banyak lagi untuk menjelaskan kepada rakyatnya mengenai tingkah laku yang sewajarnya ketika berada di Thailand, menurut Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow.

Sihasak yang juga Timbalan Perdana Menteri bertemu Duta Israel ke Thailand, Alona Fisher-Kamm pada Selasa susulan beberapa insiden memalukan dan berpotensi melibatkan kesalahan jenayah yang membabitkan rakyat Israel, sekali gus mencetuskan ketegangan di negara tersebut.

“Thailand ialah sebuah negara yang mengalu-alukan pelancong. Namun, mengalu-alukan pelancong tidak bermakna bahawa pelawat, tanpa mengira kewarganegaraan, boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu di Thailand,” kata menteri itu kepada media.

“Pelawat perlu memahami dan menghormati budaya serta tradisi Thailand.” tambahnya.

Fisher-Kamm menyifatkan perbincangannya dengan Sihasak sebagai baik dan terbuka.

Beliau berkata, perbincangan itu turut menyentuh kerjasama erat dalam bidang pertanian, buruh, penjagaan kesihatan dan keselamatan siber.

Seorang rakyat Israel, Jacob Ohayon pada Jumaat menjadi warga asing pertama yang diusir di bawah peraturan penghantaran pulang baharu negara itu.

Sebuah mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman penjara 15 hari terhadapnya tetapi ditangguhkan pelaksanaannya dan mengenakan denda berhubung pertikaian dengan dua pemilik Samui Exotic Park, masing-masing seorang wanita Thailand serta lelaki Perancis.

Pertikaian itu berpunca daripada tindakan mereka mengibarkan bendera Palestin, yang dibantah oleh Ohayon. 

Antaranya, rakyat Israel itu menganjurkan kempen ulasan negatif secara dalam talian terhadap taman hiburan berkenaan di Ko Samui dan mengeluarkan ugutan terhadap individu terbabit.

Ugutan itu akhirnya menyebabkan Ohayon kehilangan hak untuk terus berada di Thailand, dengan Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul, yang juga Menteri Dalam Negeri, menandatangani sendiri perintah pengusirannya. 

Sementara itu, lelaki Perancis terbabit, Kevin Dimino, turut diusir berikutan tindakannya mengganggu dan melakukan kekerasan fizikal ketika berdepan dengan Ohayon. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×