KUALA LUMPUR: Kehadiran Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden bersama barisan kepimpinannya pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini mencuri perhatian.
Kehadiran delegasi berkenaan dilihat sebagai kunjungan balas selepas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengetuai 25 delegasi parti itu menghadiri Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia Kali Ke-67 di Kota Bharu, Kelantan pada 3 September lalu.
Kunjungan tersebut sekali gus memperlihatkan keterlibatan kepemimpinan sayap pemuda kedua-dua parti dalam program rasmi masing-masing.
Sebelum ini, kehadiran delegasi Pemuda UMNO pada Muktamar Dewan Pemuda Pas mencuri perhatian dan disifatkan sebagai simbolik hubungan antara kedua-dua parti Melayu berkenaan.
HABIS










