UMNO hormati institusi raja, adat Negeri Sembilan

UMNO hormati institusi raja, adat Negeri Sembilan

AHMAD Zahid Hamidi ketika Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 di WTCKL Kuala Lumpur, hari ini. – UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO menghormati institusi raja, undang serta adat Negeri Sembilan dalam menangani isu membabitkan dakwaan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO tidak akan mencampuri perkara tersebut bagi menghormati situasi di negeri berkenaan.

Katanya, pendirian itu dibuat dengan mengambil kira institusi berkaitan dan adat yang diamalkan di Negeri Sembilan.

“Dalam perkara ini, UMNO menghormati institusi raja, institusi undang-undang serta adat di Negeri Sembilan.

“Seboleh mungkin kita tidak akan ‘mengotorkan tangan’ demi menyantuni situasi di Negeri Sembilan,” katanya kepada ketika ditemui selepas Perasmian Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, di sini hari ini.

Mengulas mengenai Ismail bahawa beliau dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi itu, Ahmad Zahid berkata, perkara tersebut sebaiknya disahkan oleh peguam yang berada ketika proses penandatanganan berkenaan.

“Saya rasa elok kalau kenyataan itu diabsahkan oleh peguam sendiri, jika peguam berkenaan berada ketika Surat Cara Proklamasi itu ditandatangani,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Pembesar Memerintah Negeri Sembilan, Undang Yang Empat mendedahkan surat yang ditandatangani Ismail bagi mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz pada 3 Ogos lalu.

Pendedahan itu dibuat pada sidang akhbar semalam yang dihadiri Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah dan Undang Luak Rembau, Abdul Rahim Yasin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×