Insiden sekumpulan anjing liar menyerang Nur Haira Wafiqah Mohammad Hamizi, 2, Sabtu lalu bukan sahaja meninggalkan kecederaan parah kepada kanak-kanak itu, malah trauma kepada abangnya yang menyaksikan kejadian berkenaan.
Ketika kejadian pukul 7 pagi, mangsa sedang berada di hadapan rumah di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat, sebelum diserang sekumpulan anjing liar di kawasan berkenaan sehingga menyebabkannya cedera di hampir seluruh badan.
Ia juga menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang awam terutama bagi mereka yang tidak memiliki anjing sebagai binatang peliharaan. Persoalannya, sampai bila nyawa orang awam perlu diperjudikan atas alasan membela haiwan.
Janganlah kita, biar atas nama atau alasan apa sekalipun waima pencinta haiwan, membutakan mata dan memekakkan telinga apabila insiden menyayat hati seperti yang menimpa adik Nur Haira ini berlaku.
Kita bukan mencari haiwan atau anjing untuk dibunuh atau dihukum. Tetapi hanya minta mereka yang membela anjing dan juga pencinta haiwan itu menjaga peliharaan masing-masing. Yang penting, kalau bawa keluar untuk bersiar-siar, pastikan ia dirantai dan tuannya memegang erat rantai tersebut.
Untuk anjing liar pula, perlu ada kawalan agar ia tidak terus membiak. Pastikan populasinya terkawal. Kalau perlu, pihak berwajib buat operasi menangkap anjing-anjing liar ini agar tidak membahayakan orang awam.
Pencinta haiwan ini mungkin beri alasan, mana mungkin nak tangkap semua anjing liar kerana bukan semua haiwan itu menyerang manusia. Memang benar. Cuma jika sudah ada kes diserang dan digigit anjing, pihak berwajib mesti segera buat operasi membersihkan haiwan itu daripada jalanan.
Pada Mei 2025, Kerajaan Negeri Sembilan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan maslahah umum. Tindakan ini dibantah oleh sesetengah pihak terutama pencinta haiwan.
Untuk kumpulan tersebut, elok saja kita serahkan anjing-anjing liar supaya mereka pelihara. Dengan cara itu, barangkali tidak timbul lagi isu pelupusan haiwan selain lebih menjamin keselamatan orang awam.
Singapura yang mempunyai 87,000 ekor anjing (rekod tahun 2022) pun mempunyai undang-undang yang tegas dalam memastikan haiwan itu tidak menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.
Bagi kes gigitan yang melibatkan anjing peliharaan, liabiliti undang-undang penuh diletakkan ke atas pemiliknya di bawah Miscellaneous Offences (Public Order and Nuisance) Act iaitu:
Denda dan Pampasan: Pemilik anjing yang cuai hingga menyebabkan anjingnya menggigit orang boleh didenda sehingga SGD5,000 dan diarah membayar pampasan sehingga SGD2,000 kepada mangsa.
Kewajipan Muncung (Muzzle) & Tali Cok (Leash): Anjing yang dikategori sebagai baka garang atau mempunyai sejarah agresif wajib dipasang tali leher haiwan dan memakai muncung (muzzle) apabila berada di tempat awam. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan jenayah.
Sistem Mikrocip dan Pendaftaran: Semua anjing peliharaan wajib didaftarkan dan dipasang mikrocip. Jika anjing dibuang atau menyerang orang, pemiliknya mudah dikesan dan diambil tindakan undang-undang
Kita tidak mahu menganiaya haiwan, tetapi janganlah membela atau memperjuangkan haiwan peliharaan melebihi hak manusia.
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Jangan bela anjing melebihi manusia

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved