Ancaman tebuan Asia di UK, spesies pemangsa dikesan pertama kali

Ancaman tebuan Asia di UK, spesies pemangsa dikesan pertama kali

SARANG tebuan Asia ditemukan di Somerset, UK. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kebimbangan semakin meningkat berhubung penularan tebuan Asia selepas spesies pemangsa itu dikesan di Somerset, United Kingdom (UK) buat pertama kali.

Spesies pemangsa yang berasal dari China itu ditemukan oleh seorang penternak lebah pada minggu lalu di sebuah kawasan hutan di Ashcott.

Beliau kemudian mengekorinya hingga ke sarang yang terletak di dalam belukar di sebuah kawasan lapang di hutan tersebut. Penternak itu berbuat demikian sebelum sarang itu dimusnahkan dengan pantas.

Beliau turut melaporkan insiden berkenaan kepada Pasukan Tindakan Tebuan Asia (AHAT) wilayah itu.

Spesies penceroboh itu terkenal kerana memburu serangga penting lain, terutamanya lebah tempatan.

Seekor tebuan pemangsa yang mempunyai kaki berwarna kuning cerah, dada hitam dengan jalur tunggal jingga dan muka berwarna sama itu mampu membunuh dan memakan sehingga 50 ekor lebah madu dalam sehari.

Seekor tebuan Ratu pula mampu menelan sehingga 11.3 kilogram serangga, kira-kira 90,000 ekor serangga dalam satu musim, sekali gus mero­sakkan ekosistem tempatan.

Sengatan spesies ini bukan sahaja amat menyakitkan malah telah menyebabkan kematian di benua Eropah.

Para penternak lebah memaklumkan bahawa peningkatan suhu berikutan perubahan iklim membantu spesies ini membiak dan tersebar luas.

Koloni Asia yang pertama di Somerset itu merupakan sarang ke-53 ditemuikan di England pada tahun ini. Penemaun itu dibuat selepas 163 sarang ditemuakn pada tahun 2025.

Ketua AHAT Somerset, Ly­nne Ingram berharap ia merupakan sarang terakhir yang dijumpai di wilayah berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×