- Utusan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang penganggur dan pemandu lori didenda RM1,000 masing-masing oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan berkaitan keldai akaun, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd. Daniel Zainal, 31, dan Mohd. Ridduan Samsi, 43, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Che Wan Ibrahim Che Wan Zaidi.

Hakim turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dikenakan hukuman penjara selama sebulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pilihan, Mohd. Riduan secara tidak jujur menolong mengalihkan harta milik mangsa berjumlah RM1,000 ke dalam akaun bank miliknya, perbuatan itu dilakukan di Jalan Pelanduk Utama Taman Scientex, Pasir Gudang, pada 17 November 2024.

Manakala Mohd. Daniel telah didapati secara tidak jujur menolong mengalihkan harta milik mangsa berjumlah RM3,093 ke dalam akaun bank miliknya, perbuatan itu dilakukan di sebuah pangsapuri di Jalan Mutiara 7, Taman Perindustrian Plentong, Masai, pada 13 Julai lalu.

Bagi perbuatan itu, kedua-dua tertuduh telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah Seksyen yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shamira Mohd. Luthfi Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×