Gaji menteri Singapura naik 9 peratus dengan gred paling rendah RM3.84 juta - Utusan Malaysia

Gaji menteri Singapura naik 9 peratus dengan gred paling rendah RM3.84 juta

LAWRENCE WONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pemegang jawatan politik Singapura akan menerima kenaikan gaji sehingga 9 peratus, sekali gus menjadikan jumlah pendapatan tahunan bagi seorang menteri dalam gred MR4, iaitu gred paling rendah, sekitar S$1.2 juta, (RM3.84 juta) umum Perdana Menteri Lawrence Wong pada Selasa.

Ketika berucap di Parlimen, Wong yang juga Menteri Kewangan berkata perubahan itu akan berkuat kuasa mulai 15 Oktober tahun ini, selepas kerajaan menerima cadangan daripada jawatankuasa kajian bebas yang dilantik pada Disember tahun lalu.

Ini merupakan kali pertama sejak 2011 gaji menteri mengalami perubahan.

Wong menyampaikan respons kerajaan terhadap cadangan jawatankuasa berkenaan mengenai gaji penanda aras bagi seorang menteri dalam gred MR4.

Ia merupakan yang terendah daripada empat peringkat.

Gaji untuk gred itu dinaikkan daripada gaji rujukan semasa sebanyak S$1.1 juta (RM3.52 juta) kepada S$1.8 juta (RM5.76 juta).

Jawatankuasa itu turut mengesyorkan perubahan terhadap gaji pemegang jawatan politik lain serta elaun ahli Parlimen dan anggota badan perundangan yang lain.

Pelarasan gaji bagi presiden, speaker parlimen dan timbalan speaker juga akan berkuat kuasa pada tarikh yang sama, kata Wong.

“Kita tidak akan beralih serta-merta kepada penanda aras gaji yang baharu. Sebaliknya, kita akan membuat pelarasan sekali sahaja sekarang, sehingga 9 peratus, bagi pemegang jawatan politik,” kata Wong. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×