Peniaga tidak mengaku 'berlagak' wanita

Peniaga tidak mengaku ‘berlagak’ wanita

TERTUDUH (duduk) semasa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Kelantan di Kota Bharu, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang peniaga secara dalam talian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini atas pertuduhan berlagak seperti wanita di pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) di sini, November lalu.

Khairul Izwan Sidi Ahmad, 25, membuat pengakuan iti selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd. Firdaus W. Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan berlagak seperti wanita iaitu berpakaian baju-T, baju slim fit, seluar dalam wanita dan berselipar perempuan di  Bahagian Penguatkuasaan Agama, Jaheaik di sini pada 9 November tahun lalu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh pada pukul 2.35 petang.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Kelantan, Syafika Mat Husin dibantu Ezarihan Mat manakala tertuduh diwakili peguam syarie, Muhammad Syarafi Mohd. Salleh dan Mohd. Faqqhurudin Mohd. Nasir.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 19(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Syafika mencadangkan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin.

Muhammad Syarafi dalam rayuannya memohon jumlah tersebut dikurangkan kepada RM500 dengan mengambil kira faktor anak guamnya merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam.

Katanya, selain itu anak guamnya adalah antara penyumbang terbesar yang membayar komitmen keluarga.

“Tertuduh adalah seorang OKU dan kami mempunyai maklumat mengenai status tersebut selain perlu menanggung bil elektrik kediaman keluarga sebanyak lebih RM400 sekali gus menjadi komitmen bulanannya,” katanya.

Mahkamah membenarkan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 1 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, Muhammad Syarafi ketika ditemui pemberita di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah di sini berkata, anak guamnya membayar ikat jamin yang ditetapkan oleh mahkamah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×