Bayi empat bulan meninggal dunia selepas tidak sedar diri di taska

Bayi empat bulan meninggal dunia selepas tidak sedar diri di taska

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang bayi perempuan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri ketika berada di sebuah taska di Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini, hari ini.

Bayi berusia empat bulan itu dikatakan tidak sedarkan diri selepas tertidur sesudah diberikan susu pada pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, berdasarkan siasatan awal, bayi berkenaan dihantar ke taska kira-kira pukul 8 pagi oleh ibunya dalam keadaan sihat.

“Kira-kira pukul 10 pagi, pihak taska mendapati mangsa tidak sedarkan diri dipercayai selepas tidur dan diberi susu. Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Durian Mas sebelum dirujuk ke Hospital Dungun.

“Mangsa diberikan bantuan pernafasan namun disahkan meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari ini. Pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kecederaan fizikal pada badan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Nik Ab. Halim berkata, proses bedah siasat akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian bayi tersebut.

Katanya, dua pengasuh bertugas akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Polis juga akan mengambil keterangan ibu bapa dan saksi berkaitan serta mendapatkan laporan dan pandangan pihak perubatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×